Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+
FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Wanita UMNO persoal bagaimana tukar kontrak jimatkan kos

 

11 OKT: Wanita UMNO mempersoalkan bagaimana tindakan menukar kontrak projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) kepada kontraktor lain boleh mengurangkan kos.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad turut mempersoalkan bagaimana menggerakkan kontraktor baru ke tapak pembinaan yang sedang berjalan boleh menjimatkan kos operasi.

Padahal, jelasnya, kerja-kerja bawah tanah MRT2 kini sudah 40 peratus siap dengan baki kerja berjumlah RM9.6 bilion daripada jumlah kos yang diagihkan sebanyak RM15.47 bilion.

“Sepatutnya, kerajaan dan MMC-Gamuda mencari jalan penyelesaian untuk kos kerja bawah tanah yang dikatakan menjadi punca penamatan kontrak syarikat tersebut yang memiliki kepakaran dan telah terbukti melalui projek Terowong SMART (Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) dan MRT1 (Transit Aliran Massa 1) sebelum ini.

“Wanita UMNO bimbang selepas ini kontrak terbabit tentunya akan diberikan kepada kontraktor asing yang kemudiannya menggunakan kakitangan berpengalaman dari negara mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua semalam berkata, kerajaan tidak membatalkan projek kerja bawah tanah bagi MRT2, sebaliknya kontrak berkenaan akan diberikan kepada kontraktor yang boleh menjalankan operasi pada kos lebih rendah.

bnpportal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno

YouTube

Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT