Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Bioadata Ahli Parlimen Besut

jusoh

Dato’ Seri Idris bin Jusoh merupakan Menteri Pendidikan II (gabungan Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi) bermula dari 16 Mei 2013. Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Besar Terengganu(2004-2008). Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dengan membawa Gelombang Biru dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN Terengganu di bawah kepimpinan Dato’ Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri-negeri lain mengalami tsunami politik. Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) ketika itu. Beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari Julai 2008 sehingga Mac 2013.

KELUARGA

Berkahwin dengan Che Kamariah Binti Zakaria yang berasal dari Melor, Kelantan. Mempunyai 5 orang anak. Isteri beliau aktif sebagai seorang Pendidik yang memberi pengajaran secara percuma dalam pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah-sekolah kawasan Terengganu, juga menjadi pendidik di Pusat Minda Jerteh, dan juga mengajar anak-anak kecil untuk pelajaran bahasa Inggeris secara percuma di masjid sekitar Besut. Hasil didikan Idris dan isterinya, 3 orang anaknya telah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran (Al-Hafiz) dan juga berjaya dalam bidang akademik.

Keturunan Ulama’
Datuk Idris Jusoh adalah keturunan ulama’ yang berpengaruh dalam masyarakat.

Datuk kepada Idris Jusoh yang dipangil Tuan Guru Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani merupakan Ulama’ Islam yang terkenal suatu ketika dahulu yang sentiasa didampingi kerabat raja,rakyat biasa di Besut mahupun dari luar kawasan suatu ketika dahulu. Yang dimaksudkan dengan ‘al-Basuti’ ialah Besut di Terengganu.

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.(SEMOJI).(1969-1973)
  • Blackburn High School, Victoria, Australia.(Matrikulasi-1973)
  • Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
  • Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
  • Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
  • Pengajian Bahasa Arab (Universiti Jordan) (1993-1994).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (Universiti Harvard, USA) (2001).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).

Kecemerlangan akademik beliau terbukti sejak dari sekolah lagi.Merupakan antara pelajar cemerlang/terbaik di sekolah premier STAR (Ipoh) kemudian mendapat tawaran matrikulasi ke Australia yang hanya diberikan kepada pelajar cemerlang sekolah STAR walaupun keputusan SPM belum dikeluarkan,Kemudian meraih Pelajar terbaik keseluruhan USM dengan mempunyai Ijazah kelas pertama dari USM, Master, dan pembelajaran Ilmu Agama yang di perturunkan oleh datuknya (Tuan Guru Haji Hameed) yang merupakan Ulama’ dan guru agama di Besut pada ketika dahulu, jelas menunjukkan keperibadian beliau.

Bakat Kepimpinan dan Anugerah

Dato’ Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi. Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:

  • Dianugerahkan “Pelajar Terbaik keseluruhan” Sekolah Tuanku Abdul Rahman(STAR) 1973
  • Dianugerahkan “Anugerah Emas Pelajar Terbaik” di USM (1980)
  • Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Yang-Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) (1978-1979)
  • President of International Student Association di University of New Haven (1987)
  • Dianugerahkan Sijil Keusahawanan di Universiti Aston, United Kingdom (1984)
  • Best Club Award, Kelab Usahawan Muda (1994)
  • Special Appreciation Award; Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
  • Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) – Membawa gelaran Dato’ (1998)
  • Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) – Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)

Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL, yang mementingkan agama Islam, menghafaz dan memahami Al-Quran, dan cintakan Ilmu pengetahuan.

Idris Jusoh pelajar cemerlang akademik & ko-kurikulum (peringkat sekolah ke universiti)

Beliau memulakan persekolahan di SK Pusat Jerteh.Keputusan UPSR yang cemerlang melayakkan beliau menyambung pelajaran di sekolah Menengah premier STAR(Sekolah tuanku Abdul Rahman). Di peringkat Sekolah Menengah STAR beliau menjadi seorang pengawas dan berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang sehingga melayakkan beliau menyambung pelajaran ke A-Level(Matrikulasi) di Australia sebelum keputusan MCE(SPM) diumumkan. Beberapa tokoh politik juga turut menuntut ilmu disana seperti Dato’ Awang Adek dan Tan Sri Annuar Musa[4].Ketika tamat program A-Level di Australia,beliau mendapat keputusan cemerlang dan melayakkan beliau menyambung bidang kejuruteraan(Engineer) di sana. Ketika beliau di Australia,beliau menerima berita kematian Ayahnya dan datuknya(meninggal dunia dalam selang satu minggu) dan beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air atas nasihat ibunya untuk menyambung pelajaran di Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di USM,dan ketika di USM,beliau turut aktif dalam bidang Ko-kurikulum sehingga dilantik menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar USM dari 1978-1979. Beliau dikatakan sering mengunjungi Perpustakaan di masa lapang bagi menelaah pelajaran,dan mendapat keputusan cemerlang setiap peperiksaan (mendapat ijazah kelas pertama) sehingga beliau mendapat “Golden Award Best Student”-Pelajar Cemerlang keseluruhan USM tahun 1980. Beliau menjadi pelajar Melayu pertama yang mendapat anugerah tersebut di USM, dan menjadi kebanggaan dan contoh untuk pelajar Melayu untuk berjaya di Universiti tersebut. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Luar negara di Universiti New Haven, USA dan turut aktif dalam kokurikulum apabila menjadi Presiden Pelajar Luar Negara di sana. Beliau juga turut mengambil pelajaran Arab di Jordan,dan beberapa kursus di Universiti terkemuka seperti di Harvard(USA),Perancis, dan England.

Program Ulul Albab

Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- Mac 2008, beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab. Kemudian di daerah beliau juga, diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.

Ciri-ciri Ulul Albab

Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat – ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat – sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri – ciri yang lebih khusus.

Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:

  • Qur’anik
  • Ensiklopedik
  • Ijtihadik

CIRI 1 : Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.

CIRI 2 : Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi – discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).

CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.

Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah. Dato’ Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah (Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.

Sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, Pintar Quran

Menyedari pentingnya pembelajaran Agama Islam iaitu dengan menghafaz dan memahami Al-Quran, Hadith, dan mengamalkan cara Sunnah Wal Jamaah,Idris jusoh telah mengasaskan sekolah IMTIAZ iaitu sekolah yang menekankan pelajar cemerlang akademik dan disamping itu menghafal Al-Quran.Atas inisiatif beliau kini sekolah IMTIAZ telah menjadi antara sekolah terkemuka di Terengganu dan di negeri negeri lain.

Beliau juga telah memperkenalkan kelas Pintar Quran di Terengganu sekitar tahun 90 an. Di mana,pelajar-pelajar dari umur 4 hingga 12 tahun diberi pelajaran dari Iqra’ sehingga dapat membaca Al-quran di sekitar pondok-pondok Pintar Quran yang terletak di Terengganu.

Selepas memegang jawatan sebagai Pengerusi MARA pada 2008,Idris Jusoh memperkenalkan MRSM Ulul Albab, di mana pelajar-pelajar Islam khususnya akan diberi pendidikan yang mengutamakan pelajaran wajib dan menghafaz Al-Quran. MRSM Ulul Albab kini sudah diperkenalkan di beberapa MRSM di Malaysia seperti di MRSM Ulul Albab Kota Putera,Besut,MRSM Ulul Albab Gemencheh (Negeri Sembilan), MRSM Ulul Albab Kepala Batas (Pulau Pinang).

Tabung Warisan MARA

Tabung yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan sebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera generasi akan datang. Merupakan inisiatif MARA di bawah kepimpinan beliau bagi menjaga keperluan Melayu dan Bumiputera seluruhnya, ditubuhkan pada bulan Mei 2012.

Pembangunan Terengganu dari 2004-2008 oleh Idris Jusoh diiktiraf Pembangkang & Penganalisis Politik

Kenyataan Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat,“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun”.[13]

Naib Presiden Pas,Husam Musa ketika kempen Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, melalui satu portal berita berkata,”Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu

Jawatan dalam Kerajaan Malaysia

  • Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) – (1991-1993)
  • Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)(2013- sekarang)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 – 2013)
  • Menteri Besar Terengganu (2004 – 2008)
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) – ( 2008 – 2013)
  • Menteri Pendidikan ke-II Malaysia (2013 – 2015)
  • Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (2015 – -kini)

 

Jawatan Dalam UMNO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 – kini)
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (27 Julai 2013 – kini)
Ketua UMNO bahagian Besut(2000 – kini)

Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT