Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Nadma Berjaya Atasi Masalah Banjir

Pengurusan bencana yang diambil alih Agensi Pengrusan Bencana Negara (Nadma) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat berjaya mengatasi masalah banjir di Pantai Timur.

Nadma yang menjadikan cara pengurusan banjir di kemaman pada 2014 sebagai acuan melaksanakan simulasi berdepan bencana, berhasil meningkatkan kecekapan apabila berdepan masalah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad zahid Hamidi, berkata pengambilalihan pengurusan pengurusan koordinasi bencana oleh Nadma daripada MKN memboehkan pemantauan lebih awal dan tersusun.

“Nadma akan melakukan kerjasama erat dengan beberapa agensi penyelamat dan penguatkuasaan untuk memastikan amaran dapat dilakukan lebih awal.

“Ini perlu untuk kita buat pemindahan awal sebelum air mengancam nyawa dan harta benda dalam keadaan itu, kita berdoa agar musim tengkujuh yang berlaku sekarang akan segera pulih,” kata beliau

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Bukit Tadok,Telemong, petang tadi.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Zaitun Abd Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato’ Rozi Mamat.

Katanya lagi, simulasi yang dibuat juga banyak membantu meningkatkan kecekapan pengurusan banjir.

Ahmad Zahid turut berkata, Nadma akan mengambil beberapa tindakan untuk mempercepatkan bantuan yang diberikan malah kesiapsiagaan pada peringkat awal.

“Tapi dengan adanya Nadma, kita telah melakukan pemantauan lebih awal dan tersusun.

“Seketariat peringkat pusat, negeri, daerah serta kampung telah kita wujudkan dan adakan beberapa simulasi,” katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT