Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+
FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Kesan Buruk Jangka Panjang Perkenal CGT – Najib

Najib

Najib

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Cukai keuntungan modal atau Capital Gain Tax (CGT) yang dikenakan ke atas jual beli saham merupakan langkah yang sangat menarik dan populis tetapi impak negatif jangka panjang adalah jauh lebih teruk.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika diperkenalkan, para pelabur akan memilih bursa saham lain seperti Singapura dan Hong Kong yang mempunyai pasaran jauh lebih aktif serta besar tetapi tidak melaksanakan CGT.

“Di zaman globalisasi ini, sangat mudah bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk memilih disenaraikan di bursa saham negara lain manakala yang belum disenaraikan tidak akan memilih Bursa Malaysia.

“Jual beli saham tidak seperti jual beli hartanah fizikal yang tidak boleh dipindahkan ke luar negara. Oleh itu, ketika saya sebagai Perdana Menteri, kerajaan menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan tidak untuk jual beli saham,” katanya dalam status di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Tambah Najib, para pelabur saham yang terbesar di negara ini merupakan institusi-institusi milik kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Permodalan Nasional Berhad (PNB) selain syarikat-syarikat amanah saham swasta.

Jelasnya, apabila permintaan membeli saham di Malaysia jatuh, rakyat yang ada simpanan di dalam institusi-institusi tersebut akan mengalami kerugian ditambah dengan aktiviti ekonomi yang dijangka menjunam dan peluang pekerjaan baharu yang kurang. – UTUSAN ONLINE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno

YouTube

Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT