Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

KERAJAAN TUBUH MAKMAL BAS BULAN DEPAN

Kerajaan menubuhkan Makmal Bas yang akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas yang akan bermula bulan depan.

Makmal itu ditubuhkan ekoran tragedi nahas bas ekspres berlaku di Pagoh, 24 Disember lalu yang meragut 14 nyawa dan siasatan terperinci telah di mulakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) dan dibantu agensi berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukry, berkata makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.

“Kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan akan terus bekerjasama dengan pengendali bas ekspres, persatuan-persatuan, agensi dan pemegang kepentingan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas ekspres serta keselamatan penumpang.

Beliau turut memberi amaran kepada semua syarikat bas ekspres agar memberikan keutamaan kepada semua aspek keselamatan pemanduan dan keselamatan penumpang. Ini termasuklah melakukan pemeriksaan terhadap keadaan pemandu sebelum memulakan perjalanan lebih-lebih lagi menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Saya telah mengarahkan Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat (SPAD) untuk menggandakan audit berasaskan risiko (risk based auditing) ke atas pengendali-pengendali bas ekspres bagi memastikan pematuhan ke atas Kod Amalan Industri SPAD-Keselamatan (ICOP) dilaksanakan demi keselamatan penumpang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, ICOP Keselamatan SPAD secara jelas telah mempertanggungjawabkan pengendali bas ekspres untuk memastikan segala aspek pengurusan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan dilakukan secara betul dan berkala.

Nancy turut menambah, orang ramai serta penumpang bas ekspres juga boleh membantu mengelak berlakunya insiden tidak diingini dengan membuat aduan menerusi nombor hotline 24 jam SPAD (1-800-88-7723) atau emel kepada [email protected] atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD sekiranya mendapati pengendali bas tidak mematuhi undang-undang serta keadaan pemandu yang membimbangkan.

Malah penumpang juga boleh terus membuat aduan ketika dalam perjalanan sekiranya mendapati pemanduan adalah tidak selamat agar pihak SPAD dapat terus membuat tindakan segera.

-bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT