Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

3,000 Bungkus Nasi Lemak Percuma minuman percuma Menanti Pengunjung

Wan Abdul Hakim (kiri) ketika melakukan tinjauan persiapan majlis pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

Wan Abdul Hakim (kiri) ketika melakukan tinjauan persiapan majlis pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Nasi lemak dan air minuman percuma menanti seribu pengunjung terawal ke Majlis Pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 yang akan berlangsung di Pulau Warisan, di sini Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, nasi lemak percuma itu akan diberikan selama 3 hari bermula 31 Disember.

Menurutnya, pengagihan bermula jam 9.30 pagi oleh tujuh pengusaha nasi lemak tempatan kepada orang ramai terawal yang berkunjung ke sana.

“Ia sebagai menghargai pengunjung ke majlis pelancaran berkenaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam Sabtu ini,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan majlis pelancaran itu di sini, semalam.

Sepanjang pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 kata Wan Abdul Hakim, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bermula Sabtu ini hingga Isnin depan di Pulau Warisan seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Antara program itu katanya pertunjukan bot berhias, Beautiful Trail melibatkan promosi produk-produk pelancongan di lapan daerah iaitu Kole Kemaman Trail, Penyu Menangis Trail, Ma Rang Trail, Gerbang Besut Trail dan pelbagai lagi.

“Program lain adalah permainan tradisional seperti terompah gergasi, kaki hantu, sepak raga ratus serta demonstrasi canting batik, jualan usahawan IKS tempatan dan family fun house Beautiful Terengganu seperti aktiviti bersama Didie & Friends, dome planetarium, soopa doopa, silap mata dan badut ganu.

“Selain itu kita juga ada persembahan artis berkonsepkan seni budaya, kontemporari dan artis Terengganu seperti Zalif Sidek, Ameng Spring, Saleem Iklim, Anis Suraya, Kumpulan Dendang Anak, Nomad dan Azian Mazwan Safwan,” katanya.

Menurut Wan Abdul Hakim, seramai 10,000 pengunjung dijangka hadir ke Pulau Warisan sepanjang tiga hari program itu diadakan.

Selain di Pulau Warisan, pihaknya turut mengadakan aktiviti sampingan di dua lokasi lain selama empat hari bermula 31 Disember hingga 3 Januari iaitu Pentas Budaya Beautiful Terengganu yang berlangsung di Dataran Shah Bandar dan Terengganu MotorFest di Hujung Tanjung Seberang Takir.

Visit Beautiful Terengganu 2017 merupakan penganjuran kali keempat selepas kejayaan penganjuran Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.

Mengikut rekod, seramai 3.63 juta pelancong telah berkunjung ke Terengganu sehingga Ogos lalu dan kerajaan mensasarkan untuk mencapai 5.5 juta pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT