Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Monthly Archives: May 2014

Puteri UMNO Besut kembali ke sekolah.

RAIKAN BERSAMA..Jawatankuasa PIBG dan Puteri UMNO Bahagian Besut bersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Pelagat, Jertih, Besut bergambar kenangan ketika meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah itu, kelmarin.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan hari guru itu, antaranya ialah persembahan nasyid, boria, dikir barat, sketsa dan gimik ‘back to school’ diadakan yang membabitkan PIBG dan Puteri UMNO itu.

Bergambar sebelum menikmati kek.
Menurut Pengerusi PIBG sekolah itu, Adnan Husin, tujuan diadakan program itu ialah untuk mengenang dan menghargai jasa guru SK Pelagat yang banyak berjasa kepada penduduk kawasan itu pendidikan anak-anak mereka sehingga ramai yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada setiap tahun. Pada program itu juga sebuah kek besar turut disumbangkan kepada guru-guru sekolah terbabit oleh PIBG dan Puteri UMNO itu. Turut diadakan ialah acara sukaneka yang membabitkan guru, PIBG dan Puteri UMNO

Exco Kesihatan lawat Pesakit Sempena Hari Guru

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Daerah Besut tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik membabitkan penyertaan golongan berkenaan selain komuniti setempat.

Selain mengadakan sambutan di sekolah yang membabitkan ibu bapa pelajar serta guru, program kunjungan ke rumah guru-guru yang terlantar sakit juga turut diberi perhatian.

Malah, kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan di Hospital Daerah Besut juga turut dijadikan salah satu aktiviti luaran dalam usaha mendekati golongan pendidik, masyarakat dan pemimpin.

Pengurusan Hospital Besut hari ini turut menyertai sambutan hari guru dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri ke wad kanak-kanak.

Pada majlis itu seramai 24 kanak-kanak yang sedang di rawat di wad hospital menerima hamper berupa makanan yang disampaikan oleh Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital itu, Dr Asmasliza A Rahman serta pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPDB).

Muhamad Pehimi menghargai tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh PPD Besut yang banyak mengantur program dan menjurus kepada khidmat sosial bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT