Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Monthly Archives: March 2014

PRK Balingian : BN Menang, Majoriti Bertambah

 

MUKAH, 29 Mac — Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.

Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.


Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Keputusan hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah, di sini.

Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak.

Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Terengganu Lulus Tambahan RM4 Juta Tabung Penyakit Kronik

Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan tambahan RM4 juta untuk Tabung Penyakit Kronik bagi membantu pesakit yang memerlukan perhatian segera dan rawatan komprehensif.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, YB. Muhammad Pehimi Yusof berkata peruntukan itu diluluskan dalam mesyuarat mingguan Exco dua minggu lalu.

“Sehingga kini, tabung yang menyediakan dana keseluruhan berjumlah RM10 juta menerusi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) itu sudah membiayai hampir 2,000 pesakit sejak ditubuhkan pada tahun 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Mukmin Profesional sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pembelajaran Pasca Siswazah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini.

“Selain Tabung Penyakit Kronik ini, Terengganu juga mempunyai satu lagi skim bantuan iaitu Dana Perubatan Sosial sebanyak RM2.5 juta setiap tahun yang diuruskan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk pembelian pelbagai peralatan bagi membantu pesakit.

“Melalui dana ini, pesakit diberi bantuan seperti kerusi roda, kaki palsu, susu khas dan katil. Ia diakui banyak melegakan beban kewangan rakyat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan miskin,” katanya.

Masjid Lapan Kubah Sumbangan Rakyat

Penduduk Kampung Lapan Kotak, Jertih di Besut maju setapak lagi dalam pembangunan syiar Islam negeri ini apabila  terbinanya sebuah masjid hasil derma dan sumbangan orang ramai.

Masjid lapan kubah bernilai RM8 juta itu sudah memasuki fasa pertama pembinaannya sejak November tahun lalu.

Bagi menggalakkan orang ramai khususnya masyarakat Islam daerah itu menyampaikan sumbangan derma, pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan telah menganjurkan majlis jamuan teh di perkarangan masjid itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, YB. Nawi Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, merasmikan pelancaran kutipan derma berkenaan.

Turut hadir, ADUN Kuala Besut, YB. Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman serta pegawai kanan kerajaan daerah itu.

Nawi yang juga ADUN Hulu Besut berkata, pembinaan masjid itu kini berjalan lancar dan ia dijangka dapat disiapkan akhir 2015.

Masjid 8 kubah kg lapan kotak besut umno bahagian besut

Masjid 8 kubah kg lapan kotak besut

Katanya, penduduk sekitar daerah itu diminta tanpil mengulurkan sumbangan bagi memastikan pembinaan masjid itu berjaya dan menjadi kenyataan.

“Saya sendiri akan berusaha bersama-sama kepimpinan UMNO di Besut merealisasikan hasrat itu,” katanya ketika melancarkan kutipan itu.

Selain itu, katanya, mulai semalam semua masjid di Daerah Besut yang mengadakan kutipan mingguan selepas solat Jumaat akan turut menderma kepada tabung pembinaan masjid terbabit.

MH370 : Semua Masjid di Besut Adakan Solat Hajat

ADUN Jertih, YB. Muhammad Pehimi Yusof menyatakan, semua masjid di Daerah Besut mengadakan solat hajat ekoran kehilangan pesawat MH370.

“Semua masjid di Besut telah mengadakan solat hajat disamping berdoa kepada Allah s.w.t supaya kemelut peristiwa kehilangan kapal terbang ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Ini adalah salah usaha yang dapat kita lakukan. Diharapkan mangsa yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370 dipanjangkan umur dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehilangan pesawat MH370 pada sidang media sempena Majlis Perasmian Seminar Mukmin Profesional anjuran Persatuan Pembelajaran Pascasiswazah Perubatan (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Hotel Permai, semalam.

Turut hadir, Ketua Unit dan Pakar Neurosurgeri HSNZ, Dr. Nujaimin Udin.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal dilaporkan hilang daripada radar, kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, China pada 12.41 pagi Sabtu lalu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Iskandar, Tengku Zaihan Dilantik Timbalan EXCO

ADUN Jabi, YB. Mohd. Iskandar Jaafar dan ADUN Kuala Besut, YB. Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Negeri Terengganu berkuatkuasa Februari lalu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan kepada teganukita berkata, Iskandar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri.

Sementara itu, Tengku Zaihan dilantik Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri.

Menurut kenyataan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke 2 dan kali ke 3 tahun 2014 yang bermesyuarat pada 15 Januari dan 5 Februari telah bersetuju dengan perlantikan berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Sungai Kantan nafi sertai PKR

“SAYA masih ahli Umno dan tak pernah sesekali menyertai PKR,” tegas Ketua Pemuda Umno Sungai Kantan Peringkat 3, Mohd Faisal Ariffin yang mendakwa dirinya difitnah apabila diumumkan menyertai PKR di Stadium Kajang, kelmarin.

Bendahari Pemuda Umno Hulu Langat itu berkata, tindakan PKR yang mengaitkan namanya daripada 100 ahli Umno menyertai PKR adalah perbuatan jahat dalam permainan politik pembangkang.

Menurutnya, dia mengetahui perkara itu menerusi panggilan telefon daripada ahli Umno ketika sedang bermesyuarat di Bilik Gerakan Umno Malaysia yang mahukan kepastian darinya.

“Saya sangat terkejut mendengar berita itu. Ahli lain mahukan kepastian sedangkan saya tidak pernah terlintas mengkhianati Umno untuk sertai PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menyelar tindakan PKR yang membuat pengumuman menyebarkan maklumat yang sama sekali tidak berasas itu.

Mohd Faisal turut mencabar pihak yang mengumumkan maklumat berkenaan bersemuka dengannya dan tidak berselindung.

“Saya tidak kisah dengan permainan politik PKR. Cara ini dah jadi darah daging mereka selain mengaibkan orang lain semata-mata mahu menang dalam pilihan raya.

“Inilah wajah dan sikap PKR yang sengaja memutar belit untuk meraih simpati dari ahli Umno dan rakyat.

“Mereka tahu mereka semakin goyah di Kajang jadi terpaksa timbulkan spekulasi dari perkara yang tidak wujud,” katanya.
sumber sinar harian 17/03/2014

Usaha Habis-habisan Dalam Pencarian MH370 – Najib

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan bersama-sama menyokong segala usaha habis-habisan yang sedang dilakukan untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Sabtu.

“Kita kena bersama-sama dengan segala usaha yang dilakukan kerajaan, bersatu hati dan berdoa,” kata perdana menteri ketika ditemu bual stesen televisyen AlHijrah hari ini.

“Mudah-mudahan Insya-Allah apa yang kita harapkan sesuatu pengetahuan yang boleh menutup isu ini sama sekali akan dapat kita kesan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Najib mengingatkan bahawa bagi umat Islam, mereka diajar supaya menerima hakikat bahawa Allah menentukan segala-galanya, dan perlu menerima qada dan qadar Ilahi.

“Kita perlu menghadapi ujian besar Allah ini dengan penuh ketenangan, kita mesti berusaha sedaya upaya kita, dengan segala kemampuan dan kekuatan yang ada pada kita.

“Ini yang sedang diusahakan habis-habisan oleh kerajaan,” katanya.

Najib berkata walaupun dengan segala kecanggihan teknologi yang ada, akhirnya umat Islam perlu menerima bahawa mereka hanyalah manusia biasa yang  lemah dan kerdil.

“Sememangnya pesawat Boeing 777 antara yang paling canggih yang ada track record amat baik. Kita mempunyai segala pengalaman dalam pengendalian pesawat ini, tapi akhirnya kita kena terimalah, kita ni manusia biasa (yang) lemah dan kerdil, kepada Allah juga kita berserah,” katanya.

Perdana menteri berkata beliau juga amat memahami perasaan keluarga penumpang dan krew pesawat berkenaan yang tidak akan berpuas hati melainkan mereka mendapat perkhabaran yang tepat tentang nasib orang tersayang.

“Keluarga yang terlibat juga perlu sedar ini satu kejadian yang tak diduga sama sekali dan kita kena faham bahawa segala usaha sedang dilakukan dan secara bersungguh-sungguh.

“Macam mana pun sebagai orang Islam, kita kena terima hakikat bahawa Allah yang menetukan segala-galanya. Ujian Allah ini, ketika kita sedang senang dan mewahpun diuji, ketika kita menghadapi musibah atau balapun kita diuji,” katanya.

Najib menegaskan bahawa kerajaan dengan bantuan sembilan buah negara dan berbekalkan peralatan yang canggih, bertungkus-lumus dalam usaha mengesan pesawat berkenaan.

“Kerajaan lakukan segala-galanya (termasuk) tambah aset, pesawat dan kapal dengan peralatan canggih, dengan sonar dan sebagainya dan mudah-mudahan  saya yakin Insya-Allah lambat laun kita akan jumpa juga.

“Soal bila, tapi dalam keadaan sekarang kita terpaksa banyak bersabar dan berdoa,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

PM Umum Dana RM200 Juta Bantu Syarikat Bumiputera

PM Umum Dana RM200 Juta Bantu Syarikat Bumiputera
KUALA LUMPUR, 10 Mac  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera sebanyak RM200 juta untuk membantu syarikat Bumiputera berteraskan teknologi memperluas perniagaan di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata buat permulaan, dana sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan kepada Unit Peneraju Agensi Bumiputera (TERAJU), dan akan dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

“Dana ini menyediakan pinjaman bersifat fleksibel, tanpa cagaran dan tempoh bayaran balik enam tahun bermula pada tahun kedua selepas pembiayaan dikeluarkan.

“Namun begitu, setiap projek yang dicadangkan perlu mempunyai prospek keuntungan, dan kertas cadangan mestilah tertumpu kepada aktiviti pengembangan perniagaan,” katanya.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), di Parlimen hari ini.

Najib berkata sektor perniagaan yang layak menerima pembiayaan ini terdiri daripada perniagaan berasaskan teknologi dalam bidang Bioteknologi, Teknologi Hijau, Minyak dan Gas, Elektrik dan Elektronik, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), Teknologi Nano dan Teknologi Makanan.

Perdana Menteri turut mengumumkan tujuh lagi syarikat Bumiputera akan menerima geran Dana Mudahcara berjumlah hampir RM20juta untuk melaksanakan pelbagai projek.

“Ia terdiri daripada Grand Ten Holdings Sdn Bhd, PEPS-JV (M) Sdn Bhd, Dimension Bid Sdn Bhd, Faiza Marketing Sdn Bhd, Mansalin Education Sdn Bhd, Al Ameen Development Sdn Bhd dan Majpadu Bricks Sdn Bhd.”

“Syarikat-syarikat ini sudah menandatangani perjanjian bersama TERAJU bagi melaksanakan projek yang dicadangkan, yang dijangka menarik keseluruhan pelaburan swasta berjumlah RM128.7 juta dan berupaya mewujudkan hampir 700 peluang pekerjaan.

“Saya berharap dengan adanya kemudahan geran Dana Mudahcara ini, ada banyak lagi syarikat Bumiputera tampil kehadapan untuk melaksanakan projek berimpak tinggi serta berpotensi besar yang mampu menjana ekonomi negara, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Dana Mudahcara yang diperkenalkan pada Ogos 2012 dengan peruntukan RM2 bilion, merupakan geran untuk membiayai sehingga 15 peratus keseluruhan kos projek bernilai sekurang-kurangnya RM5 juta, dan mempunyai komponen infrastruktur, jentera dan peralatan.

Najib berkata sehingga Februari tahun ini, Dana Mudahcara meluluskan RM1.4 bilion untuk 132 projek melalui kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), TERAJU dan wilayah-wilayah ekonomi.

Menurutnya ia melibatkan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM15.12 bilion  dalam sektor seperti minyak, gas & tenaga, pembangunan hartanah, pembinaan dan pemborongan serta peruncitan.

Katanya melalui program Dana Mudahcara yang disediakan TERAJU ini, syarikat Bumiputera yang terlibat dijangka menyediakan lebih daripada 23,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat di negara ini.

Najib berkata setiap inisiatif yang diumumkan itu mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan oleh kerajaan untuk menekankan pemerkasaan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang penting.

“Saya yakin, langkah-langkah baharu dan sinergi antara agensi kerajaan ini akan memanfaatkan usahawan Bumiputera untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka,” katanya.
1

‘Langkah Kajang’ gagal – Muhyiddin

HULU LANGAT 12 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ‘Langkah Kajang’ diilhamkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang kononnya mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai pentas strategik menawan Putrajaya telah gagal.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ini kerana Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding dalam PRK tersebut selepas disabitkan kesalahan dengan kesnya di mahkamah.

“Apa dia langkahnya? Langkah paling besar dalam gerakan Kajang ialah untuk membolehkan Anwar bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor.

“Malangnya cita-cita sudah berkecai. Tinggal angin sahaja masuk, udara tiada apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat daerah mengundi Taman Mesra, Kajang di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, ‘Langkah Kajang’ yang asal ialah PKR meminta wakil rakyatnya di Kajang meletak jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya di kawasan berkenaan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan berlakunya rampasan kuasa Kajang (Kajang Coup) dan beliau mempersoalkan apakah pula ‘Langkah Kajang’ yang kedua ingin dilaksanakan PKR.

“Apakah bermakna Rafizi hendak mempermainkan sistem pilihan raya dan oleh kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi, nanti suruh letak jawatan untuk orang lain bertanding di situ.

“Saya fikir rakyat tidak akan membiarkan itu berlaku. Kita perlu hukum parti yang mempermainkan sistem demokrasi sebegitu,” katanya.

Tambah beliau, rakyat tidak mahu selamanya berdepan PRK demi PRK dan tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk melantik wakil yang akan berjuang membela nasib rakyat.

Namun, kata beliau, apabila setiap kali PRK diadakan hanya kerana nafsu rakus politik pakatan pembangkang, rakyat harus sedar.

Beliau berkata, masa sekarang adalah untuk bekerja selepas selesai pilihan raya umum.

“Sebab itu, saya rasa cukup malang kalau orang seperti Rafizi yang kononnya sebagai strategis pakatan pembangkang hendak membawa mesej ini menerusi PRK demi PRK.

“Sampai bila hendak diadakan PRK kecuali ada sebab tidak dapat dielakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, BN akan melihat kesesuaian untuk menawarkan manifesto khas bagi PRK DUN Kajang.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT