Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+


FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Monthly Archives: January 2014

PRK Kajang Satu Tindakan Haram PKR – Nasrudin Tantawi

Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran. Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

“Pilihan raya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

“Pilihan raya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan itu kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang Pas dan Dap.

“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.

“Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
–myku

Inilah Masa Pas Selangor Tunjuk Berani Ajar Anwar Dan PKR

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin Firlansa menyeru kepimpinan Pas Selangor  jangan terus bertolenrasi berhubung keadaan kemelut yang sedang melanda kepimpinan PKR di negeri tersebut serta ‘mengajar’ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat keputusan membelakangi parti tersebut.

Menurut beliau, tidak ada sebarang perbincangan dengan kepimpinan Pas baik di negeri mahupun di pusat berhubung beliau mahu menjadi calon di Dewan Undangan Negeri Kajang, setelah Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

“Pada pandangan saya, dalam keadaan kalut hari ini, kepimpinan Pas negeri mesti mengambil alih pentadbiran di negeri Selangor. Sudah lama kita bertolak ansur  dengan karenah dan perangai politik Anwar Ibrahim.

“Hari ini sudah jelas tindakan Anwar yang membelakangi Pas dan kepimpinan pakatan serta membuat keputusan sendiri demi agenda politik peribadinya. Ini bukan UMNO yang tunjuk, tetapi dia tunjuk sendiri perangainya itu.

“ Jadi saya rasa cukup-cukuplah. Pas perlu ambil alih pentadbiran negeri. Lagipun kerusi yang dimenangi Pas lebih banyak dari kerusi PKR, jadi tidak sebab Pas tidak boleh ambil alih pentadbiran negeri,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan mengambil alih pentadbiran, beliau menjawab, Pas mesti meletakkan calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya berlaku kekosongan kelak.

“Ya, sekiranya kemelut ini berterusan sehingga menyebabkan jawatan MB kosong, maka saya berpendapat pimpinan Pas negeri perlu menghantar calon untuk dipilih sebagai MB Selangor.

“Sudah sampai masanya Pas pula yang kehadapan dan tidak hanya memainkan peranan di belakang tabir. Ambil alih pentadbiran negeri kerana jelas kerajaan hari ini gagal menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri sehingga amanah rakyat tidak terlaksana.

“Secara terus terang, dulu, kini dan selamanya saya mahu dan sentiasa menyokong sebarang usaha untuk melantik Menteri Besar di kalangan kepimpinan Pas di Selangor,” tegasnya.

Hafiz juga turut meminta agar kepimpinan Pas pusat tidak campur tangan di dalam sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan Pas negeri berhubung perkara ini kelak.

“Saya kira Pas pusat tidak perlu campur tangan, dan membiarkan Pas negeri membuat keputusan mereka. Samada mereka mahu bertanding pada pilihanraya kecil ini atau tidak, samada mereka mahu meletakkan salah seorang calon mereka sebagai MB atau pun tidak, biarkanlah kepimpinan Pas Selangor membuat keputusan tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak,” ujarnya. -MediaUMNO

PRK DUN Kajang : Awas Wayang Kulit Pembangkang – Dr Salleh

KOTA KINABALU, 29 Jan –  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak membidas Pakatan Pembangkang yang jelas memperkotak-katikkan amanah rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan menyifatkan peletakan jawatan wakil rakyat di kawasan tersebut, Lee Chin Cheh sebagai satu lagi `wayang pembangkang’.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, beliau berkata apa yang berlaku itu sebenarnya adalah atas kehendak Anwar dan tindak-tanduk mereka dalam beberapa hari ini adalah lakonan semata-mata berdasarkan `skrip wayang’ yang diarahkan oleh kepemimpinan Pakatan Pembangkang.

“Kita dapat melihat dengan jelas rentetan peristiwa ini seperti  wayang yang disusun skripnya. Bermula dengan peletakan jawatan wakil rakyat, sehari kemudian segera diumumkan penamaan Anwar sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) untuk mengisi kekosongan, kemudian sekutu pembangkang lain PAS dan DAP berpura-pura menghentam untuk menarik perhatian dan simpati,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah berkata matlamat sebenar `wayang pembangkang’ ini adalah untuk kepentingan politik Anwar yang semata-mata yang mahukan kuasa demi agenda politik peribadinya.

“Setelah gagal dalam percubaannya ke Putrajaya, Anwar kini cuba untuk menuju ke kerusi Menteri Besar Selangor, jadi setidak-tidaknya dia boleh menggunakan kuasa dan kedudukan di sana untuk survival politiknya,” ujarnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan  bahawa pertikaian mengenai isu pemecatan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai pertalian dengan agenda Anwar menuju ke singgahsana kuasa di Selangor.

Pada masa yang sama, jelasnya lagi, tindakan itu juga bertujuan bagi menutup kelemahan serta mengalihkan pelbagai isu yang dihadapi pembangkang kebelakangan ini, termasuk isu Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun baru-baru ini.

Apa yang jelas kata beliau, perkembangan politik yang berlaku dalam pakatan pembangkang  hari ini ini cukup jelas memperlihatkan bahawa `Anwar itu adalah PKR, dan PKR itu adalah Anwar’.

Salleh turut menyatakan rasa kesalnya kerana dalam permainan politik Anwar dan sekutunya ini,  yang menjadi mangsa adalah pengundi DUN Kajang sendiri, di mana mandat mereka jelas diperkotak-katikkan hanya semata-mata untuk memenuhi agenda dan selera politik peribadi seseorang.

“Anwar memperalatkan PKR sebagai batu loncatan mencapai cita-cita politik peribadinya. Justeru itu, saya amat berharap agar rakyat diberi kefahaman berhubung  cerita sebenar yang berlaku dalam pakatan pembangkang supaya mereka tidak mudah terjebak dengan permainan politik pembangkang yang sanggup berbuat apa saja demi kuasa dan agenda politik peribadi mereka,” tegasnya. -MediaUMNO

Pemimpin Bertaraf Dunia? Sila Datang Ke Permatang Pauh

KUALA LUMPUR 30 Jan – “Kalau nak tahu dia (Anwar Ibrahim) bertaraf dunia atau tidak datanglah ke Permatang Pauh dan nilaikan sendiri.  Malah boleh tanya kepada penduduk di Permatang Pauh di sini sejauh mana kehebatan dia menjaga kawasan di sini”, demikian menurut Ketua UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.


Justeru, beliau menggesa agar dikemukakan bukti yang boleh menyokong untuk mengangkatkan Anwar Ibrahim kononnya pemimpin bertaraf dunia kerana penduduk di Permatang Pauh lebih kenal dan arif siapakah Ahli Parlimen mereka itu.

Jelasnya lagi dengan pelbagai masalah yang menghantui penduduk di beberapa kawasan seperti kemudahan asas yang belum lagi diselesaikan serta permasalahan banjir di beberapa tempat, nafsu besar Anwar untuk bertanding di PRK DUN Kajang menimbulkan tanda tanya.

“Penduduk di Permatang Pauh ini sebenarnya masih banyak memerlukan pembelaan daripada Anwar dan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kepada umum bahawa beliau sekadar Ahli Parlimen atas kertas semata-mata.

“Apa makna nak letak dia pemimpin pemimpin bertaraf  dunia  jika kawasan sendiri masih lagi tidak terjaga sepenuhnya. Rakyat khususnya pengundi di kawasan ini memerlukan tumpuan terutama dalam menyelesaikan beberapa masalah seperti yang saya katakan tadi dan bukan sekadar balik jenguk sekali sekala sahaja.

“Sebab itu apa yang saya nampak dari segi khidmat bakti di kawasan ini, beliau hanya sekadar pemimpin biasa sahaja dan bukannnya bertaraf dunia. Saya bukannya merendah-rendahkan beliau tetapi itulah realitinya di Permatang Pauh ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.

Mengulas lebih lanjut, Zaidi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi seterusnya menambah memang betul jika dikatakan Anwar pemimpin bertaraf dunial tetapi dari sudut gimik politiknya sahaja.

“Bab itu kita akuilah tetapi hebatnya beliau dari segi gimik politik sahaja….Sebab itu daripada satu sudut langkahnya untuk bertanding di Kajang itu juga ada tersiratnya.

“Mungkin itu cara beliau mengalihkan tumpuan terhadap kemelut dalaman PKR serta dakwaaan yang menimpanya seperti yang diperkatakan oleh rakan-rakan rapat beliau hari ini. Itulah Anwar Ibrahim,” katanya. -MediaUMNO

Tolak Ugutan, Keganasan Atau Tindakan Ekstrem – Najib

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrem yang boleh menggugat keharmonian yang dikongsi dan dinikmati pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina beliau, Perdana Menteri berkata ketika rakyat bergembira menyambut ketibaan tahun kuda, mereka juga haruslah mendukung perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah dinikmati sejak sekian lama.

“Saya pasti kita sepatutnya percaya kepada suara kebenaran. Tergalas di bahu kita untuk bertindak dengan wajar dan sentiasa mendengar pandangan satu sama lain.

“Dalam rumpun kebudayaan Malaysia, kita mestilah menjunjung kedaulatan undang-undang dan sentiasa menghormati sensitiviti anutan lain,” katanya dalam blog www.1Malaysia.com.my.

Beliau menarik perhatian bahawa walaupun banyak kemajuan dicapai dalam  program transformasi, perjalanannya masih jauh dan banyak lagi yang perlu dicapai.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata program transformasi memerlukan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat – terutamanya komuniti kaum Cina yang terkenal mahir dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata banyak inisiatif sedang diusahakan demi meningkatkan taraf kehidupan rakyat termasuk program berterusan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Ops Harga bagi membendung kenaikan harga dan banyak lagi untuk membantu mengurangkan kesan tekanan inflasi global.

Selain itu, katanya mesyuarat perundingan dan perbincangan yang member fokus kepada menangani isu mengurangkan beban yang ditanggung rakyat juga dijalankan.

“Segala usaha kita akan berkecai sekiranya tidak ditunjangi dengan sokongan dari anda semua.

“Kita mesti kekal berdaya tahan dalam menempuhi cabaran ekonomi untuk mengekalkan kestabilan dan kemajuan demi generasi masa akan datang,” kata beliau.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina Malaysia, Najib menyatakan penghargaannya terhadap peranan yang dimainkan  mereka dalam membina negara sejak zaman merdeka lagi.

Sebuah Lagi Sekolah Menengah Akan Di Bina Di Hulu Besut

Hulu Besut- Adun Hulu Besut Tuan Haji Nawi Mohd yang juga ketua umno bahagian besut selaku exco pertanian negeri berkata sebuah sekolah menengah akan di bina di kg keruak dan juga higway menghubungkankan kg keruak dan kuala krai akan dibina dan juga dengan pembinaan sekolah ini nanti akan dapat
melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai di besut khusus nya di hulu besut ,dan pembinaan higway keruak kuala krai akan dapat menjimatkan masa perjalanan bagi meraka yang ingin ke gua musang ke kedah,perak pinang dan lain lain destinasi.
Dengan pembinaan lebuhraya ini nanti diharapkan akan dapat membantu menikan taraf ekonomi penduduk khusus nya di hulu besut. beliau juga berkata pihaknya sedang merancang untuk membuka pasar tani harian di besut, dan tapak sudah di kenalpasti , beliau berharap dengan penubuhan pasar tani harian nanti yang harga keperluan asas akan seperti sayur dan sebagainya akan dikawal sepenuhnya,beliau juga menyeru penduduk menafaatkan kawasan tanah terbiar di sekitar kediaman diusahakan dengan tanaman seperti,lengkuas,serai, kacang bendi dan sebagainya ini bagi menjimatkan pebelanjaan isi rumah,beliau berkata ketika Majlis Penyampaian bantuan awal persekolahan di SMK Bukit payong kira kira 1000 murid menerima bantuan awal persekolahan berjumlah rm100 setiap murid.

Pas Yang Dulu, Bukan Yang Sekarang…

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Dulu Pas memperjuangkan agenda negara Islam, kini tidak lagi. Dulu-dulu, kepimpinan Pas tegar dengan agenda negara Islam mereka, sehingga sanggup mengkafirkan ahli dan penyokong UMNO. Tetapi hari ini, agenda negara Islam Pas tunduk terkulai layu dengan belaian jampi DAP dan PKR.

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Dulu hasrat Pas meninggikan kalimah Allah, biarpun UMNO sebenarnya telah lama berbuat demikian. Dulu Pas berhasrat menyemarakkan syiar Islam, biarpun syiar Islam telah lama disemarakkan UMNO. Tapi hari ini, bukan sahaja syiar, tetapi kalimah Allah pun Pas sanggup gadaikan demi saudara mereka DAP dan PKR.

ustaz-fadzil-noor-pas-abim-umno-mahathir-abdullah-ummah-islam-malaysia

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Dulu-dulu, Pas tegar membela ulama mereka. Jangan dihina, jangan dicerca, kepimpinan Pas bangkit garang bak harimau membela ulama-ulama mereka. Tetapi itu dulu. Pas yang sekarang, jangan kata membela, malah ulama pula ditentang. Pas yang sekarang bukan lagi mahu kepimpinan ulama, tetapi ulama pula mahu dinyahkan dari puncak suara kemuliaan di dalam Pas.

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Pas dulu-dulu, menganggap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama. Pas yang dululah yang pertama memberitahu dunia, kerakusan nafus Anwar yang bertopengkan wajah kealiman dan kewarakan. Anwar ditentang habis-habisan. Tetapi itu Pas yang dulu, bukan Pas yang sekarang, yang tunduk, yang lemah, malah membela kemungkaran si pengkhianat yang dulunya ditentang habis-habisan.

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Pas yang dulu, mampu duduk semeja, bermuzakarah dan bersama dengan UMNO dalam soal Islam dan bangsa Melayu.  Pas yang sekarang, sanggup menolak perdamaian sesama Islam, menganggap si penentang Islam sebagai sahabat dan saudara, tetapi mahu meludah muka sesama Islam yang menghulurkan salam ukhwah dan perdamaian.

Pas yang dulu, bukan yang sekarang. Pas yang dulu, dilihat pentingkan perjuangan daripada ganjaran. Pas yang dulu teguh berprinsip menolak sebarang godaan. Tetapi itu Pas yang dulu, bukan Pas yang sekarang. Pas yang sekarang, rakus mengejar pangkat dan jawatan. Tamak mengejar kuasa dan kedudukan. Sunnah baginda Muhammad saw diketepikan, digantikan pula dengan sunnah Machevelli yang kini diutamakan. Al Quran bukan lagi untuk diamalkan, tetapi sekadar menjadi modal perbahasan.

Itulah Pas yang sekarang, bukan yang dulu…

Abu Muhammad Zubair

18 petani terpilih ikuti program kontrak ladang

BESUT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan memilih 18 petani lagi untuk menjalankan Program Ladang Kontrak dalam usaha meningkatkan bekalan terus dari ladang ke Pasar Tani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri
Nawi Mohamad berkata tambahan petani itu dibuat bagi menjamin sumber bekalan hasil pertanian mencukupi untuk dipasarkan kepada pengguna.

“Dalam jangka masa panjang, langkah itu juga diharap dapat mengurangkan rantaian pemasaran yang menyumbang kepada harga tinggi sebelum hasil ladang sampai kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Insentif Pengukuhan Ladang Kontrak ke Pasar Tani (Kukuh) di Pejabat Fama daerah Besut di Jerteh di sini hari ini.

Nawi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Besut berkata pada masa ini 10 petani terlibat dalam program ladang kontrak itu dengan kuantiti hasil pertanian berjumlah 16,962 kilogram dengan nilai RM29,092 tahun lepas.

Beliau berkata pertambahan bilangan dengan hasil berkualiti itu sejajar dengan ‘Kempen Jom Nanang’ (kempen jom tanam) yang bakal dilancarkan kerajan negeri dalam masa terdekat ini bertujuan menggalakkan rakyat menanam sendiri keperluan harian mereka.

Pada majlis itu, seramai 10 petani yang mengusahakan kontrak ladang Fama ke Pasar Tani dari dua daerah, masing-masing Besut dan Kuala Terengganu menerima insentif berjumlah antara RM1,000 hingga RM1,500 seorang.

Selain itu, Nawi berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Fama mencari tapak baharu yang lebih sesuai untuk mengadakan Pasar Tani Kekal di setiap daerah di negeri ini. – Bernama

KDN tubuh Unit Polis Syarie untuk JAKIM – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN mendapat persetujuan JAKIM untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

Beliau berkata mereka akan ditempatkan di JAKIM namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

“Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

“Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan Mahkamah…penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival ‘Rasul in My Heart’ dan melancarkan projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Telaga Biru Sdn Bhd di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Jumaat malam.

Turut hadir perintis projek Al-Quran, Waqaf dan Ibtida Tan Sri Hassan Azhari, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Hazarudin Baharudin dan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd Zahazan Mohamed.

Karnival tiga hari itu berkonsepkan dakwah, tarbiyah dan tijarah (perniagaan) di perkarangan masjid berkenaan.

Ahmad Zahid berkata umat Islam di Malaysia harus mengetepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan Islam.

Beliau juga menjelaskan bahawa Perkara 10 yang dipersetujui Kerajaan Pusat bagi membenarkan import, penggunaan dan pencetakan Bible versi bahasa Melayu di negara ini, bukanlah Perlembagaan sebaliknya terikat sebagai undang-undang sesebuah negeri.
–Antarapost

Adun Jerteh Bangga Ketua Kerajaan Terengganu Ke Antartika

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih,YB Haji Muhammad PehimiYusof melahirkan rasa bangga berikutan Ketua Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said diberi peluang untuk sama-sama terlibat secara langsung bersama saintis tempatan dan antarabangsa ke Antartika.

Katanya, langkah itu penting untuk memperolehi sesuatu yang baru dalam penyelidikan, terutama bagi kepentingan umat Islam dan kebaikan sejagat di masa hadapan.

“Selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertugas di bawah Dato’ Seri Ahmad, saya amat terharu dan bangga kerana beliau mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi perjalanan sejauh itu demi memastikan pencapaian penyelidikan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri menyatakan bahawa nama Terengganu akan turut terpahat di persada dunia antarabangsa melalui eksplorasi itu dan itulah ketinggian pemikiran Menteri Besar Terengganu, di samping membuktikan kepada dunia tentang komitmen kita orang Melayu dan Islam sekaligus rakyat Malaysia dalam industri sains dan penyelidikan.

“Komitmen Dato’ Seri Ahmad selaku ketua kerajaan negeri, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amat penting dalam rekod, catatan dan manfaat umat Islam dan dunia sejagat,” ujarnya.
–teganukita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno
YouTube
Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT