Get Adobe Flash player
Keahlian Online
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Download
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
Facebook

Google+
FB YB
Jaringan IT UMNO
Waktu Solat

[ c l o s e ]

Annuar selar tindakan parti larikan wakil rakyat UMNO

11 OKT: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyelar tindakan pihak tertentu yang didakwa berusaha mendapatkan kerusi tambahan dengan ‘melarikan’ wakil rakyat dari parti itu untuk mengekalkan kuasa.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, ini kerana hanya BN tidak mengikat wakil rakyatnya dengan apa-apa ikatan atau halangan lompat parti.

“Justeru di saat ada parti yang sangat memerlukan kerusi untuk mengekalkan kuasa, sudah tentu mereka akan berusaha mendapatkan kerusi tambahan,” katanya menerusi Facebook peribadinya hari ini.

Tambah Annuar, UMNO enggan melayan jumlah kerusi yang dimilikinya pada masa ini, sebaliknya akan menumpukan kepada usaha penyusunan parti dan melahirkan tokoh baharu ke arah PRU15.

Katanya, kerusi yang ‘dilarikan’ itu membuka ruang kepada tokoh baharu.

“Bagi UMNO kekal sebagai pembangkang hingga PRU15. Sebagai pembangkang, jumlah kerusi adalah perkara kedua buat masa ini.

Pada PRU14 lalu, BN menang 52 kerusi, namun jumlahnya semakin menyusut apabila seorang demi seorang wakil rakyatnya keluar parti.

Antara yang telah keluar parti adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati; Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed;  Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

Terbaharu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli mengesahkan beliau telah meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Presiden
Tim Presiden
Kategori Berita
Muat turun
APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telefon Android APLIKASI UMNO BAHGIAN BESUT Muat Turun Aplikasi Umno Bahagian Besut untuk Telelefon Iphone
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT
TV Umno
Lagu Umno

YouTube

Pautan Luar
WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT WEB RASMI UMNO BAHAGIAN BESUT